Tuesday, March 27, 2012

Motherhood

Pada satu malam, tanpa suami. Jareez bangun dan menangis di tengah malam sedangkan badan dan minda masih lagi terasa penat. Dipujuk berulang kali dengan berbagai gaya, tapi masih sama bahkan makin teruk. Jareez dipeluk erat ke dada. Hilang semangat. Mungkin terlalu lama ditahan dan dibendung. Menangis seiring, sekuat tangisan anak. Mungkin aku bukan ibu yang baik. Maafkan Mommy, Jareez.

Malam seterusnya berbeza sekali. Tenang. Senyap. Lena. Ternyata Jareez memahami. Mommy sayang Jareez.

Minggu seterusnya, kembali meragam. Tapi tak mengapa, semangat telah kembali semula. Sekali lagi. Meragamlah sayang, Mommy akan layan selagi terdaya.

Wahai ibu-ibu diluar sana, mungkin ini pengalaman yang sama. Cuma masa berbeza. Yang pasti, kecekalan tetap sama!

Wahai bakal-bakal ibu, ini jugalah yang akan dirasa. Bersedialah. Jangan takut kerana anak penyeri hidup kita! :)

1 comment:

Anonymous said...

cedihnyer....papadom:(