Friday, September 17, 2010

Lots of Hugs & Kisses


Hari raya orang selalu dapat duit raya kan kan???

Saya dapat kucing raya! Juwel selamat deliver 4 ekor anak kucing yang sangat montel pada hari raya pertama. (Patutla Juwel sangat malas bergerak ketika bunting, berat gila kot?).

2 ekor putih tiada ekor macam juwel. 1 ekor kelabu semua berstoking putih. 1 ekor lanun, putih tompok2 hitam & hitam sebelah mata.

Pandai kan tidur susun-susun? Hehe! Tapi sedih sangat sebab 1 ekor dah mati. Mungkin sebab sejuk. Juwel selalu alihkan si montel semua kat atas lantai. Degil! 1 ekor putih yang mati. Tinggal 3 sahaja. Akan pastikan yang lain sihat walau terpaksa bergaduh dengan Juwel.

Si montel semua digelar 'Pirates' sebab ada ketua lanun. :D

Jadi, nama-nama akan berkaitan dengan watak-watak dalam cerita Pirates of the Carribbean.

Characters in Pirates : Jack Sparrow, Hector Barbossa, Davy Jones

Mungkin ini nama-namanya. Akan ditentukan semula bila semua dah besar sikit :D

No comments: