Sunday, September 5, 2010

Piranha vs Step Up 3D

Bila jarang pergi KL, rasa macam asing. Dulu boleh hafal setiap perubahan di KL walau sekecil mana pun. Baru sebulan tak pergi, Outlet-outlet kat dalam midvalley pun dah banyak berubah.

Plan nak gerak pagi konon-konon takut ramai orang, akhirnya pukul 9 baru bangun tidur. tuptaptuptap~ pukul 1000am baru masuk hiway. kali ni rasa macam jauh sangat Kl tuh. mungkin sebab dah lama tak pergi sedangkan dulu tiap-tiap minggu berulang. ataupun kyrel dah insaf dan bawak kereta dengan berhemah. (weks! rasa nak muntah perlu ditahan bimbang batal pose). Dari awal perjalanan dah plan nak parking valet sebab mungkin ramai yang nak serbu midvalley pada last weekend sebelum raya. Tapi parking banyak lagi available, so terus naik atas parking tempat VIP.Tak perlu jalan jauh-jauh. Bukan malas tapikan puasa? hehe!

Matlamat utama taknak shopping. hanya datang cuci mata, tengok movie tanpa henti serta berbuka puasa. Segarnya udara dalam midvalley. rasa macam kembali ke kampung halaman. Rindunya hidup kat KL. Terus serbu kaunter tiket movie yang tak ramai langsung orang. Memandangkan sampai pun dah lambat, maka sempat tengok 2 movie saja. Selepas diskusi dengan adik kaunter, keputusan berpihak kepada piranha dan Step Up 3D.

Piranha time! Mula-mula cerita, rasa menyesal tengok sebab pahala puasa dah sangat kurus. Pandai betul orang luar nak pengaruh umat Islam. Bulan puasa pergi tayang cerita tak cukup kain patut ker? Kalau taw , sumpah aku cari hari lain tengok cerita ni. Tapi dah terlanjur beli tiket, maka teruskan juga. Ok, cerita semakin bermotif. Jalan cerita sangat simple, mungkin anak saudara aku yang umur 4tahun pun boleh reka jalan cerita ni. Yang paling best? Ikan piranha tuh la, sebab bermuka ganas. keluar dari hall dengan rasa sedikit mual sebab perut kosong. Kalau perut penuh, mesti keluar dengan muntah-muntah.huhu! Rating? 2/5.

Step Up 3D? Excited sangat nak tengok cerita ni! Overall, sangat best. Memang jalan cerita lebih kurang sama je seperti yang lepas. Tapi mungkin penerbit sangat pandai dari segi strategi. 3D mampu menarik peminat-peminat step up ke hall movie sekali lagi walaupun dah tau rentak cerita. Memang tak rugi tonton. Cuma tak faham macam mana lah diorang boleh menari sampai camtuh sekali kan. Aku follow kelas hip-hop beginner yang speed tak berapa laju pun rasa sesak nafas dan berpinar-pinar otak sebab pusing sana sini. Ini boleh terbang sesuka hati macam takde graviti. Apa-apa pun memang salute mereka semua. yang paling best? Menari atas air dan menari dengan laser pada baju. Cool! Rating? 5/5 :)

Ok! proceed ke tempat berbuka sebab dah pukul 6 lebih. ouh no!!! Chillies renovate??? Rasa nak nanges & menghentak-hentak kaki seperti kanak-kanak. Disebabkan terlalu nak, pergi ke Bangsar. Nasib menyebelahi sebab tunggu tak sampai 2 minit terus ada seat.

Pulang dengan gembira & plastik Chillies juga buat sahur :D

Hasil selepas sehari jalan-jalan:-
1)Piranha & Step Up 3D
2)Make Up Bag Guess (hasil hasutan kyrel)
3)Polo Shirt Kyrel
4)Barang untuk ikan-ikan tersayang
5)Triple play. Fajita trio, chips. all from chillies :D (nak lagi!)

Wishlist selepas sehari jalan-jalan:-
1)Earrings Guess (tengok sambil nanges-nanges)
2)Long Purse Guess
3)Bright Crystal by Versace (hmm~ perlu ke tunggu 8 botol kat umah abis dulu?)

3 comments:

amy said...

time rya mtk duit rya kat khai n kakak,abg kamu leh tunaikan wish tu..hee..nk tgk kamu pkai earrings & purse guess tu..msti cntik!!haa jgn lupa nk tgk tau kalu beli..still igt lg time study, kt excited kan bla bli brg2,shopping2..rindula =(
hmmm tp perfume dah jgn nk tmbh2 lg..ko da leh jd tokey perfume neh.. =p ganti gan bnda lain lg syok..hee

Jest said...

hmmm~~ taw xper..
rindu nak tgk movie sama2, kalau tgk step up 3D ngan korang mesti lagi best. benci la waktu2 tuh da berlalu (T_T)
rindu sgt nak kepoh2 bile balik shopping. Ritu shopping xde sape nak dgr aku kepoh :(
hehehe! mesti la aku kepoh ngan korang nanti kalau beli :D

Cepat2 tunjuk adiah mizi bagi :D

Anonymous said...

yg 8 btol tu ksik aku bru leh bli perfume bru.genius kn idea aku muahahaha,