Friday, September 17, 2010

Lots of Hugs & Kisses


Hari raya orang selalu dapat duit raya kan kan???

Saya dapat kucing raya! Juwel selamat deliver 4 ekor anak kucing yang sangat montel pada hari raya pertama. (Patutla Juwel sangat malas bergerak ketika bunting, berat gila kot?).

2 ekor putih tiada ekor macam juwel. 1 ekor kelabu semua berstoking putih. 1 ekor lanun, putih tompok2 hitam & hitam sebelah mata.

Pandai kan tidur susun-susun? Hehe! Tapi sedih sangat sebab 1 ekor dah mati. Mungkin sebab sejuk. Juwel selalu alihkan si montel semua kat atas lantai. Degil! 1 ekor putih yang mati. Tinggal 3 sahaja. Akan pastikan yang lain sihat walau terpaksa bergaduh dengan Juwel.

Si montel semua digelar 'Pirates' sebab ada ketua lanun. :D

Jadi, nama-nama akan berkaitan dengan watak-watak dalam cerita Pirates of the Carribbean.

Characters in Pirates : Jack Sparrow, Hector Barbossa, Davy Jones

Mungkin ini nama-namanya. Akan ditentukan semula bila semua dah besar sikit :D

Monday, September 6, 2010

Macam-macam Hal

Sangat panjang dan menggagumkan. em, lupa nak kira tayar ada berapa.

Anak beruang kat Deer Land, Lanchang. sangat comel panjat pokok tinggi pastuh tidur

Mr.Potato! Sweet gitu! haha!

Mungkin Batman dah kurang kerja atau Batman nak cari kawan-kawan baru untuk lepak sama-sama.

Ketika dalam perjalanan dari KL ke Temerloh. Simptom-simptom bosan melampau.
Jangan tiru aksi ini ye adik-adik!

Nampak tak gadis berbaju hitam? Kami jumpa dia kat shoe exhibition kat PWTC awal tahun ni. Jika dibanding dengan kyrel (baju hijau), gadis tersebut jauh lebih tinggi. kepalanya hampir mencecah atap booth. Akhirnya ada juga orang boleh lawan kyrel. :D


Mungkin tokey kedai ni diejek gemooks.


Sunday, September 5, 2010

Piranha vs Step Up 3D

Bila jarang pergi KL, rasa macam asing. Dulu boleh hafal setiap perubahan di KL walau sekecil mana pun. Baru sebulan tak pergi, Outlet-outlet kat dalam midvalley pun dah banyak berubah.

Plan nak gerak pagi konon-konon takut ramai orang, akhirnya pukul 9 baru bangun tidur. tuptaptuptap~ pukul 1000am baru masuk hiway. kali ni rasa macam jauh sangat Kl tuh. mungkin sebab dah lama tak pergi sedangkan dulu tiap-tiap minggu berulang. ataupun kyrel dah insaf dan bawak kereta dengan berhemah. (weks! rasa nak muntah perlu ditahan bimbang batal pose). Dari awal perjalanan dah plan nak parking valet sebab mungkin ramai yang nak serbu midvalley pada last weekend sebelum raya. Tapi parking banyak lagi available, so terus naik atas parking tempat VIP.Tak perlu jalan jauh-jauh. Bukan malas tapikan puasa? hehe!

Matlamat utama taknak shopping. hanya datang cuci mata, tengok movie tanpa henti serta berbuka puasa. Segarnya udara dalam midvalley. rasa macam kembali ke kampung halaman. Rindunya hidup kat KL. Terus serbu kaunter tiket movie yang tak ramai langsung orang. Memandangkan sampai pun dah lambat, maka sempat tengok 2 movie saja. Selepas diskusi dengan adik kaunter, keputusan berpihak kepada piranha dan Step Up 3D.

Piranha time! Mula-mula cerita, rasa menyesal tengok sebab pahala puasa dah sangat kurus. Pandai betul orang luar nak pengaruh umat Islam. Bulan puasa pergi tayang cerita tak cukup kain patut ker? Kalau taw , sumpah aku cari hari lain tengok cerita ni. Tapi dah terlanjur beli tiket, maka teruskan juga. Ok, cerita semakin bermotif. Jalan cerita sangat simple, mungkin anak saudara aku yang umur 4tahun pun boleh reka jalan cerita ni. Yang paling best? Ikan piranha tuh la, sebab bermuka ganas. keluar dari hall dengan rasa sedikit mual sebab perut kosong. Kalau perut penuh, mesti keluar dengan muntah-muntah.huhu! Rating? 2/5.

Step Up 3D? Excited sangat nak tengok cerita ni! Overall, sangat best. Memang jalan cerita lebih kurang sama je seperti yang lepas. Tapi mungkin penerbit sangat pandai dari segi strategi. 3D mampu menarik peminat-peminat step up ke hall movie sekali lagi walaupun dah tau rentak cerita. Memang tak rugi tonton. Cuma tak faham macam mana lah diorang boleh menari sampai camtuh sekali kan. Aku follow kelas hip-hop beginner yang speed tak berapa laju pun rasa sesak nafas dan berpinar-pinar otak sebab pusing sana sini. Ini boleh terbang sesuka hati macam takde graviti. Apa-apa pun memang salute mereka semua. yang paling best? Menari atas air dan menari dengan laser pada baju. Cool! Rating? 5/5 :)

Ok! proceed ke tempat berbuka sebab dah pukul 6 lebih. ouh no!!! Chillies renovate??? Rasa nak nanges & menghentak-hentak kaki seperti kanak-kanak. Disebabkan terlalu nak, pergi ke Bangsar. Nasib menyebelahi sebab tunggu tak sampai 2 minit terus ada seat.

Pulang dengan gembira & plastik Chillies juga buat sahur :D

Hasil selepas sehari jalan-jalan:-
1)Piranha & Step Up 3D
2)Make Up Bag Guess (hasil hasutan kyrel)
3)Polo Shirt Kyrel
4)Barang untuk ikan-ikan tersayang
5)Triple play. Fajita trio, chips. all from chillies :D (nak lagi!)

Wishlist selepas sehari jalan-jalan:-
1)Earrings Guess (tengok sambil nanges-nanges)
2)Long Purse Guess
3)Bright Crystal by Versace (hmm~ perlu ke tunggu 8 botol kat umah abis dulu?)

Thursday, September 2, 2010

Cara Memuaskan Diri Sendiri





Ya betul! Inilah caranya :D

Belilah barang2 idaman anda ketika tengah tension bertimbun-timbun dalam otak & hati anda! :)

Mesti rasmi jam & gelang ni ketika shopping esok untuk menambah excited raya.

Apa? terfikir nak rompak? Silakan, tapi jangan ambil jam & gelang ini yer. sila rompak rim baru kekasih hati saya :D

hehe!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Neo raya sakan!




Neo dapat kaki baru.

tapi~~~ tak pasti macam mana kaki baru neo boley buat aku raya sakan. tak ada kena mengena kan shopping rim di hari raya?

sekian luahan hati saya~ nasib baik jam teka bakal menyusul :D